Accessibility Tools

LAWATAN NAZIRAN PELAN TINDAKAN STRATEGIK JKDM 2025- 2027, JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PULAU PINANG

Oleh: PPK Azwar bin Muhammad Noor, PPA JKDM Pulau Pinang

SEBERANG JAYA, 05 DISEMBER 2025 – YBhg. Dato’ Haji Rohaizad bin Ali, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, bersama barisan Timbalan Pengarah Kastam Negeri menyambut baik kehadiran pasukan naziran Pelan Tindakan Strategik JKDM 2025- 2027 yang diketuai oleh YBrs.Tuan Durairajoo A/L Muniandy, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Ibu Pejabat dan anggotanya. Naziran yang berlangsung dari 3 hingga 5 Disember 2025 ini bukan sekadar sesi pemantauan rutin, malah menjadi medan signifikan yang merangkumkan komitmen padu antara pihak Ibu Pejabat dan pengurusan negeri dalam memperkukuh iltizam strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Lawatan  ini tampil sebagai pentas pertemuan strategik yang sarat dengan nilai tambah—mengalirkan pertukaran pandangan bernas, wacana mendalam, perbincangan konstruktif serta pembentangan inisiatif berimpak tinggi yang bakal membentuk hala tuju kecemerlangan JKDM pada masa hadapan. Setiap sesi bukan hanya melahirkan idea, tetapi membangkitkan semangat kebersamaan yang menyalakan obor inovasi dan daya saing organisasi.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja mencapai objektifnya, bahkan melampaui jangkaan dengan kejayaan yang cukup gemilang. JKDM Pulau Pinang telah mencapai 97.5% pencapaian pelaksanaan program.

Selain berperanan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara kepimpinan pusat dan negeri, malah memantapkan imej JKDM sebagai sebuah institusi unggul yang beroperasi dengan kecekapan maksimum, ketangkasan operasional yang tinggi serta integriti yang tidak pernah tergugat. Kualiti penyampaian perkhidmatan, ketelitian dalam setiap pelaksanaan tugas serta dedikasi tidak berbelah bahagi para pegawai menjadi manifestasi kukuh terhadap komitmen JKDM untuk terus berada di barisan hadapan dalam melindungi kestabilan ekonomi negara serta menjunjung amanah rakyat.

​CEKAP ∙ TANGKAS ∙ INTEGRITI​​

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List