Accessibility Tools

Temporary Import

Temporary Import Facility

1

Import Seme​​ntara merupakan kemudahan untuk mengimport secara sementara tanpa bayaran duti/ cukai ke atas barang yang diimport untuk tujuan dieksport semula di bawah Seksyen 97 Akta Kastam 1967.

1

2

Timeline Item Title

Permohonan im​​port sementara ini tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang ditentukan bagi memberi kemudahan untuk mengimport barangan secara sementara dengan mengemukakan jaminan bank/cagaran bagi melindungi duti yang terlibat.

3

Timeline Item Title

Barangan ya​ng diimport sementara hendaklah dieksport semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh ianya diimport.  Tempoh lanjutan boleh dipohon dan kelulusan boleh diberi oleh stesen di mana permohonan dibuat untuk tempoh sehingga 12 bulan lagi sekiranya mempunyai sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan.

3

4

Timeline Item Title

Sekiranya temp​​oh lanjutan berikutnya masih diperlukan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Bahagian Perkastaman) melalui Pengarah Kastam Negeri yang berkenaan untuk pertimbangan Ibu Pejabat Kastam.

5

Timeline Item Title

Cagaran atau ja​​minan bank yang didaftarkan di pejabat kastam akan dituntut atau ditunaikan untuk menjelaskan duti/cukai terlibat sekiranya gagal untuk mengeksport semula dalam tempoh yang dibenarkan. Sekiranya barangan hendak dijual dalam tempoh tersebut, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri berkenaan dan duti/cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu selepas kelulusan diberi.

5

6

Timeline Item Title

Permohonan Import Sementara boleh dibuat secara bertulis kepa​​​da Pejabat Pengarah Kastam Negeri di mana barangan akan diimport.

  • P​enyelidikan dan demonstrasi
  • Pamer​​​an, pertunjukan-pertunjukan seperti drama, muzik dan sarkas
  • Tema​​sya, sukan, mesyuarat, persidangan atau acara yang bersamaan
  • Penila​​ian dan ujian
  • Untuk​​ diperbaiki
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List