Accessibility Tools

Subkontrak

1. Aktiviti subkontrak merujuk kepada pemindahan atau pergerakan bahan mentah / komponen dari syarikat GPB ke syarikat subkontraktor dengan kelulusan pejabat kastam. Pemindahan tersebut adalah untuk kerja subkontrak bagi menyelesaikan proses pengilangan tertentu dan setelah selesai ianya akan dibawa balik semula ke syarikat GPB atau dieksport terus dari premis subkontraktor.

2. Kerja subkontrak boleh dilakukan antara syarikat GPB dengan syarikat pengilangan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956:

2.1 Syarikat GPB dengan syarikat GPB lain.

2.2 Syarikat GPB dengan syarikat di dalam Zon Perindustrian Bebas.

2.3 Syarikat GPB dengan syarikat di dalam Kawasan Utama Kastam.

2.4 Syarikat GPB dengan syarikat di luar negara (keperluan pendaftaran kedua-dua akta tidak terpakai).


3. Garis panduan kerja subkontrak:

3.1 Permohonan subkontrak di dalam negara:
Nilai bahan mentah / komponen yang boleh dihantar adalah tidak melebihi 50% daripada nilai pengeluaran sebenar ATAU tidak melebihi 50% daripada proses keseluruhan pengilangan barang siap.

3.2 Permohonan subkontrak di luar negara:
Nilai bahan mentah / komponen adalah tidak melebihi 30% daripada nilai pengeluaran sebenar ATAU 30% daripada proses keseluruhan. Jika melebihi 30%, kelulusan SME Corporation Malaysia diperlukan.

3.3 Syarikat GPB dibenarkan menghantar bahan mentah / komponen yang diimport terus kepada subkontraktor dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. Borang Kastam K1 hendaklah digunakan dan syarikat GPB bertindak sebagai konsaini. Pengecualian duti import dan pelepasan cukai jualan dituntut atas nama syarikat GPB.

3.4 Syarikat GPB dibenarkan mengeksport terus barang siap dari premis subkontraktor dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. Borang K2 hendaklah digunakan dan syarikat GPB bertindak sebagai konsainor.

3.5 Permohonan subkontrak hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkastaman / Ketua Cawangan menggunakan format Lampiran G1 beserta carta aliran proses pengilangan dan dokumen sokongan.

3.6 Syarikat GPB hendaklah mengemukakan penyata bulanan pergerakan / pemindahan bahan mentah dan komponen untuk kerja subkontrak kepada stesen kastam selewatnya 28 haribulan bulan berikutnya menggunakan Lampiran H.

3.7 Syarikat GPB dibenarkan menerima kerja subkontrak daripada syarikat yang dinyatakan di Para 2. Permohonan hendaklah dihantar menggunakan Lampiran G3. Surat kelulusan subkontrak dari kastam syarikat penghantar perlu disertakan. Keperluan ini tidak terpakai bagi kerja subkontrak dari luar negara.

3.8 Syarikat GPB tidak dibenarkan memberi kerja subkontrak kepada syarikat lain untuk kerja subkontrak yang diterima. Semua kerja mesti dilakukan dalam premis GPB yang diluluskan.

3.9 Pemindahan bahan mentah / komponen untuk tujuan subkontrak hendaklah diikrar menggunakan borang yang ditetapkan. Pengecualian duti import (jika berkenaan) boleh dituntut di bawah Butiran 85, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. Pengecualian cukai jualan dituntut di bawah Butiran 54, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 tertakluk kepada syarat ditetapkan.

4. Borang yang perlu diikrar bagi tujuan pergerakan bahan mentah / komponen / barang separuh siap bagi tujuan kerja subkontrak adalah seperti berikut.

​4.1 ​Pergerakan daripada syarikat GPB ke syarikat sub kontraktor;

No.Syarikat Sub KontraktorDokumen Ikrar
​a. ​GPB ​GPB 1
​b. ​ZPB Borang Kastam No. 2 (K2)​
​c. ​KUK ​Borang kastam No. 9 (K9)
​d. Luar Negara ​Borang Kastam No​. 2 (K2)​
 

​​4.2 ​​ ​Pergerakan daripada syarikat sub kontraktor ke syarikat GPB;

No.Syarikat Sub KontraktorDokumen Ikrar
​a. ​GPB ​GPB 1
​b. ​ZPB​ ​Borang Kastam No. 1 (K1)
​c. ​KUK ​Invois dan Delivery Order (DO)
​d. ​Luar Negara ​Borang Kastam No. 1 (K1)
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List