Accessibility Tools

Kemudahan Partial K8

Kemudahan Partial K8

Panduan Bagi Kemudahan Pemindahan Sebahagian Barangan Dalam Transit (Partial Shipment) Dari Pelabuhan Kastam Atau Lapangan Terbang Kastam.

Kemudahan pemindahan sebahagian barangan (Partial Shipment) dalam transit menggunakan multiple kontena/lori) adalah merupakan salah satu fasilitasi yang diberikan oleh kastam kepada pihak industri. Ia adalah pergerakan yang berlaku dari pelabuhan kastam/ lapangan terbang kastam, zon bebas dan bonded area ke stesen lain bagi tujuan untuk dieksport melalui vessel atau kapal terbang. Ini bermaksud, kemudahan Partial Shipment hanya terpakai di dalam negara sahaja.

Kemudahan Partial Shipment ini tidak melibatkan transit terus dari luar negara ke dalam atau melalui Malaysia.  

  1. Pemindahan sebahagian barangan (Partial Shipment) dalam transit hanya melibatkan barangan bukan kritikal sahaja. Kemudahan ini tidak dibenarkan ke atas pemindahan barang kritikal.

  2. Pemindahan ini hanya dibenar menggunakan mod rel (keretapi) atau jalan raya (license carrier) sahaja.

  3. Bagi pemindahan sebahagian barangan dalam transit melalui jalan raya pengeksport hendaklah menggunakan ISO kontena atau pengangkut berlesen (license carrier) yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam.

  4. Bagi pemindahan sebahagian barangan dalam transit melalui jalan keretapi, pengeksport hendaklah menggunakan ISO kontena yang diletakkan di atas gerabak keretapi tersebut.

  5. Mengemukakan cagaran berupa Jaminan Bank / Bon Am bagi menjamin keselamatan cukai kastam terlibat.

  6. Mengemukakan invois, bil muatan dan apa-apa dokumen berkaitan barangan bagi pemindahan sebahagian barangan dalam transit.

  7. Memastikan pemindahan sebahagian barangan dalam transit dapat diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari seperti yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam, iaitu daripada hari pertama kontena/ lori tersebut dilepaskan dari kawalan kastam di stesen penghantar.
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List