Accessibility Tools

Tanggungjawab GPB

1. Syarat serta peruntukan berkaitan pelesenan GPB. Syarikat GPB adalah tertakluk kepada pematuhan ke atas:

a. Syarat-syarat pelesenan sebagaimana Lampiran C,

b. Perundangan-Perundangan dan Peraturan-Peraturan yang ditadbir Jabatan,

c. Syarat-syarat kelulusan bagi setiap kemudahan yang dinikmati,

d. Lain-lain ketetapan dari semasa ke semasa.

2. Penyata

2.1 Syarikat GPB hendaklah mengemukakan penyata mengikut masa yang telah ditetapkan:

a. Lampiran H – Penyata Bulanan Kerja-Kerja Subkontrak

b. Lampiran M1 – Penyata bulanan bahan mentah/komponen

c. Lampiran M2 – Penyata bulanan barang-barang keluaran siap

d. Lampiran M3 – Penyata bulanan aktiviti IPC/RDC

Penyata-penyata di atas hendaklah dikemukakan selewat–lewatnya pada 28hb bulan berikutnya.

e. Lampiran M4 – Penyata tahunan

Penyata M4 hendaklah dihantar sebelum 31 Januari tahun berikutnya dan disertakan dengan Laporan Tahunan Kewangan Syarikat yang telah diaudit oleh Audit Bebas.

Sekiranya Laporan Tahunan Kewangan Syarikat tidak bersamaan dengan tempoh penyata tahunan, laporan tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tahun kewangan syarikat.

2.2 Penyata-penyata di atas hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh akauntan syarikat atau pegawai lain yang diberi kuasa. Penyata boleh dikemukakan dalam bentuk softcopy.

2.3 Bagi syarikat GPB berstatus Authorised Economic Operators (AEO), penyata M1, M2, M3 dan M4 hendaklah juga disediakan, dan dikemukakan apabila diminta oleh pejabat kastam.

3. Pemberitahuan kepada Stesen Kastam yang Mengawal Syarikat

3.1 Syarikat GPB hendaklah memberitahu pegawai kastam secara bertulis dalam tempoh 14 hari apabila berlaku perkara berikut:

a. Perubahan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

b. Satu ketetapan diluluskan untuk penggulungan syarikat.

c. Suatu Perintah dibuat untuk penggulungan syarikat.

d. Pelantikan pelikwidasi atau penerima dibuat.

e. Syarikat terlibat dalam apa-apa kes tuntutan sivil, muflis dan lain-lain.

3.2 Syarikat GPB hendaklah memaklumkan kepada pegawai kastam dengan segera apabila berlaku perkara yang menjejaskan barang-barang dikecualikan duti / cukai:

a. Kebakaran, kemusnahan dan bencana alam.

b. Kehilangan dan kecurian.

3.3 Pemberhentian Operasi Syarikat

a. Syarikat GPB hendaklah memaklumkan secara bertulis jika ingin memberhentikan operasi syarikat.

b. Sekiranya syarikat masih mempunyai baki bahan mentah, barang siap atau mesin berusia kurang daripada 10 tahun, duti / cukai (jika berkaitan) hendaklah dijelaskan terlebih dahulu.

3.4 Perubahan ke atas aktiviti perniagaan

Syarikat GPB bertanggungjawab melaporkan sebarang perubahan kepada pegawai kastam, termasuk perubahan ke atas:

a. Struktur bangunan,

b. Pelan yang telah diluluskan,

c. Senarai barang siap yang dikeluarkan,

d. Model perniagaan di luar kebiasaan,

Sebarang perubahan tanpa kelulusan boleh mengakibatkan tindakan dikenakan mengikut peruntukan sedia ada.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List