Accessibility Tools

PENAFIAN SURAT PALSU OLEH KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan Surat Palsu yang meminta penerima surat membuat pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggunakan nama dan tanda tangan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin.

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa terpelihara.

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan prihatin dengan membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu kepada sumber rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenai apa-apa maklumat yang diterima.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

CAWANGAN PERHUBUNGAN AWAM

IBU PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA

19 MAC 2024

 

Lampiran Siaran Media (ISU TULAR - SURAT TANDA TANGAN KPK)

 

Lampiran Surat Palsu 

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List