Accessibility Tools

IKLAN PENGAMBILAN BAGI JAWATAN KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN (CONTRACT FOR SERVICE) DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2026

  • Tarikh Tamat papar: 2026-01-10

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN
(CONTRACT FOR SERVICE)
BAGI TAHUN 2026

Sukacita mempelawa kepada sesiapa yang berkelayakan untuk memohon jawatan Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service) di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 35 tahun ke bawah pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Keutamaan Bidang :- Undang-undang, Perakaunan, Kewangan, Ekonomi, Statistik, Percukaian, Perbankan, Pengurusan/Pentadbiran Awam, Perdagangan & Pengurusan Perniagaan);
  • Berkemahiran dalam perisian Microsoft Office;
  • Boleh bekerja dalam tekanan dan mempunyai kemahiran berunding; dan
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik

Bidang Tugasan:

Calon yang berjaya akan membantu menjalankan kerja-kerja gesaan dan galakan pembayaran Akaun Belum Terima.

Tempat Bertugas: JKDM PAHANG & JKDM PERAK

Kepada calon yang berminat, mohon lengkapkan Borang Permohonan Jawatan Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service) yang dilampirkan dan hantar bersama resume bergambar serta salinan kad pengenalan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. pada atau selewat-lewatnya 09 Januari 2026 (Jumaat), permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup, maka permohonan dianggap tidak berjaya. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk urusan temu duga.

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nombor berikut:
Tel : 03 – 8882 4849 (Tuan Muhammad Faisal Bin Roslan)
Tel : 03 – 8882 4935 (Puan Anis Sofia Binti Sarwani)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 09 JANUARI 2026 PADA JAM 11:59 MALAM

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List