Alat Kebolehcapaian

Panduan Perjalanan

Panduan Perjalanan

​​​​​​​​​​​​​​​​​(Maklumat dikemaskini pada 25 Mei 2023)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong atau pengembara ke Malaysia. Jabatan ini komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan profesional kepada semua pelancong atau pengembara dalam memberikan keselesaan dan kepuasan ketika berada di Malaysia dan apabila meninggalkan Malaysia. ​​ ​ 

Di bawah peruntukan Akta Kastam 1967 (Pindaan) 2019 dan Peraturan-Peraturan Kastam 2019, pelancong atau pengembara yang memasuki atau meninggalkan Malaysia dikehendaki mengisytiharkan semua barang yang boleh dikenakan cukai atau larangan atau amaun tunai dan instrumen boleh niaga pembawa (IBNP) dalam milikannya, samada yang dibawanya atau di dalam mana-mana bagasinya atau dalam mana-mana kenderaannya. Kegagalan untuk mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan palsu adalah menjadi suatu kesalahan dan akan dikenakan tindakan undang-undang di Akta Kastam 1967.

Kadar duti/cukai untuk pelancong atau pengembara adalah tertakluk kepada Perintah Duti Kastam 2022 dan Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018. Kadar duti/cukai ke atas barangan yang diimport bersama-sama orang yang masuk ke Malaysia atau dalam bagasi bagi tujuan bukan komersial (tidak termasuk kenderaan bermotor, minuman keras, spirit, tembakau, rokok, tayar dan tiub) ditetapkan pada kadar duti/cukai seperti dalam peruntukan Perintah Duti Kastam 2022 dan Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018. ​​​ ​ ​
Kadar Duti/Cukai

Kadar Duti Kastam Kadar Cukai Jualan Duti/ Cukai Yang Perlu Dibayar Oleh Pelancong Atau Pengembara
Duti Import Cukai Jualan
Barang bercukai 10% 10% Tiada*
Barang tidak bercukai 10% Tiada Tiada*
Barang bercukai 5%** 10% 5%
Barang tidak bercukai 5%** Tiada 5%
Barang bercukai Spesifik *** 10% ​Spesifik
Barang tidak bercukai Spesifik *** Tiada Spesifik

*Tertakluk kepada Perenggan 2(1)b, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018

** Tertakluk kepada Jadual 1, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018

*** Tertakluk kepada Jadual 1, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List