| PROSEDUR | |
|---|---|
|
Permohonan secara manual boleh dibuat menggunakan Borang WPA No. 1 di pejabat kastam yang berdekatan dengan perniagaan. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pendaftaran adalah seperti berikut :- |
|
| i. | Surat Rasmi Permohonan |
| ii. | Surat kebenaran kepada orang yang dilantik untuk berurusan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. |
| iii. | Dokumen pendaftaran syarikat yang dikeluarkan oleh SSM |
| iv. | Memorandum & Tataurusan Persatuan |
| v. | Lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) |
| | |
| PEMBAYARAN | |
|
Pengikraran dan pembayaran hendaklah dibuat menggunakan borang WPA No. 3 dalam tempoh 28 hari bulan sebelum bulan berikutnya di pejabat kastam di mana pengeluar didaftarkan. Levi yang dikenakan adalah pada kadar 3% ke atas harga minyak sawit yang melebihi RM 3,000/tan di Semanjung Malaysia dan pada kadar 3% ke atas harga minyak sawit melebihi RM 3,500/tan di Sabah & Sarawak. |
|











