Alat Kebolehcapaian

Pelesenan

1. Syarikat GPB dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon menggunakan borang JKDM No.1 beserta Lampiran A dan dokumen sokongan berdasarkan Lampiran A4.

2. Syarikat GPB tidak perlu dilesenkan di bawah Seksyen 12, Akta Cukai Jualan 2018 kerana ia adalah Kawasan Khas dan tidak termasuk 'Malaysia'. Tidak tertakluk kepada pendaftaran sebagai Pengilang Berdaftar.

3. Syarikat yang mengilang barang berduti eksais tidak boleh dilesenkan sebagai GPB tetapi perlu memohon lesen di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976.

4. Keperluan kawasan dan premis kilang:

4.1 Bangunan kekal, kukuh, selamat dan dipasang dengan sistem penggera keselamatan.

4.2 Bangunan hendaklah berpagar mengikut ketinggian yang sesuai ditentukan oleh Kastam.

4.3 Bangunan yang tidak boleh dipagar (contoh: rumah kedai, tingkat atas) boleh dipertimbangkan jika ada ciri keselamatan tambahan.

4.4 Ruang berasingan diperlukan untuk: pengilangan, penyimpanan bahan mentah, penyimpanan barang siap, serta sisa pengilangan.

4.5 Sebarang perubahan premis mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu.

5. Kelulusan Secara Prinsip:

5.1 Boleh dipertimbangkan jika lembaga pengarah lulus tapisan keselamatan serta permohonan pembangunan tapak kilang telah dibuat kepada PBT.

5.2 Syarikat dibenarkan mengimport mesin/peralatan dan bahan mentah sebelum lesen dikeluarkan dengan syarat mendapat kelulusan Kastam dan dilindungi jaminan bank.

5.3 Aktiviti pengilangan percubaan dibenarkan untuk kuantiti munasabah tanpa pelepasan/jualan barang siap kecuali pelupusan yang diluluskan.

6. Lesen GPB:

6.1 Bayaran lesen: RM2,400 setahun (Borang JKDM No.3).

6.2 Pembaharuan lesen perlu dihantar sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tamat tempoh.

6.3 Lesen tidak diberi kepada syarikat yang hanya buat subkontrak.

6.4 Tidak dibenarkan memberi syarikat lain beroperasi atau menyimpan barang syarikat lain dalam kawasan GPB.

6.5 Jaminan:

• Barang kritikal: Jaminan bank 10% dari jumlah duti & cukai jualan sebulan.

• Selain barang kritikal: Bon am / jaminan bank ikut ketetapan Kastam.

6.6 Syarat lesen adalah seperti Lampiran C.

6.7 Penambahan premis dalam negeri dibenarkan dengan pindaan lesen.

6.8 Penambahan cawangan di negeri lain perlu mohon lesen GPB baharu.

6.9 Pemindahan kilang ke negeri lain hanya dengan kelulusan Pengarah Kastam.

7. Pembatalan lesen:

7.1 Lesen boleh dibatalkan jika:

• Syarikat memohon sendiri.

• Aktiviti pengilangan dihentikan.

• Tidak menjalankan aktiviti pengilangan.

• Syarikat dibubarkan.

• Tidak diperbaharui dalam 3 bulan.

• Penukaran nombor pendaftaran syarikat.

• Pemindahan kilang ke negeri lain.

• Melanggar peruntukan akta/peraturan.

7.2 JKDM berhak menuntut semua tunggakan duti & cukai, dan syarikat wajib membayar sepenuhnya.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List