Alat Kebolehcapaian

Pelesenan

Pelesenan

1. Syarikat GB dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967. Permohonan untuk mendapatkan lesen GB hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri di mana premis GB tersebut berada dengan menggunakan borang JKDM No.1 berserta Lampiran A dan dokumen sokongan berdasarkan Senarai Semak di Lampiran A.

2. Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
  • Hanya syarikat Berhad atau Sendirian Berhad yang didaftarkan dengan SSM layak memohon.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 30% ekuiti bumiputera sepanjang tempoh pelesenan.
  • Modal berbayar:
    • Minimum RM 1,000,000 untuk penyimpanan barang-barang kritikal.
    • Minimum RM 1,000,000 untuk penyimpanan campuran barang kritikal bukan kritikal.
    • Minimum RM 250,000 untuk penyimpanan barang-barang bukan kritikal.
  • Nilai barang-barang yang disimpan dalam setahun hendaklah sekurang-kurangnya:
    • RM 3,500,000 (kritikal).
    • RM 3,500,000 (campuran).
    • Tiada nilai minimum (tidak kritikal).
  • Keluasan minimum GBA:
    • Untuk ruang penyimpanan barang-barang kritikal: 50,000 kaki persegi
    • Untuk ruang penyimpanan campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal: 50,000 kaki persegi; dan
    • Untuk ruang penyimpanan barang-barang bukan kritikal: 20,000 kaki persegi.
  • Kawasan berlesen boleh dalam bentuk bangunan atau tanah lapang berpagar kukuh.
  • Barang bersaiz besar dibenarkan di kawasan tanah lapang seperti paip petroleum, kontena, kenderaan & jentera berat.
  • Syarikat boleh menyusun barang secara bertingkat (stacking) mengikut kesesuaian.

3. Pertimbangan permohonan lesen baharu dibuat di Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat JKDM.

4. Kelulusan dasar diberikan selama 6 bulan atau tempoh munasabah tetapi tidak melebihi 12 bulan.

5. Lesen GB akan dikeluarkan jika semua syarat pelesenan dipatuhi.

  • Dibina daripada bahan kukuh dan selamat; hanya satu pintu keluar/masuk utama.
  • Mempunyai CFO / CCC / kelulusan PBT.
  • Premis dipasang CCTV yang boleh diakses Pegawai Kastam.
  • Sistem penggera dipasang dan dikawal 24 jam.
  • Berpagar dengan ketinggian sesuai.
  • Lokasi tidak berhampiran bahan mudah terbakar.
  • Bahan berbahaya mesti dilabel & diasingkan.
  • Sistem kawalan inventori elektronik.
  • Jaminan bank dikemukakan.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List