1. Syarikat perkhidmatan kurier diwajibkan menggunakan sistem ePAM untuk membuat pengikraran Pre-Alert Manifest secara elektronik bagi barang yang diimport ke Kawasan Utama Kastam melalui:
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
- Lapangan Terbang Antarabangsa bayan Lepas, Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
- Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah
- Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Shah, Subang, Selangor
2. Syarikat perkhidmatan kurier hendaklah mengemukakan ePAM kepada JKDM tidak kurang daripada dua (2) jam sebelum ketibaan pesawat. Walaubagaimanapun, bagi negara-negara yang mempunyai tempoh penerbangan kurang daripada 2 jam, ePAM dibenarkan dikemukakan dalam tempoh 2 jam selepas ketibaan pesawat.
3. ePAM mestilah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:
- Nama syarikat perkhidmatan kurier
- Tarikh Import/Eksport
- Nombor Air Waybill
- Nama dan alamat pengimport
- Nama dan alamat pengeksport
- Jumlah barangan dalam konsaimen
- Berat bungkusan
- Nilai dagangan (CIF)
- Diskripsi dagangan
- Kod Tariff (6 Digit)
- Country of origin
4. Penghantaran maklumat ePAM perlu menggunakan format yang ditetapkan mengikut platform yang dipilih sama ada DFTZ atau NSW. Syarikat perkhidmatan kurier hanya dibenarkan untuk membuat penghantaran maklumat ePAM melalui satu platform sahaja pada satu-satu masa.
5. Pelepasan segera
Pelepasan segera boleh diberikan ke atas barang yang memenuhi kriteria berikut:
- Barang yang diklasifikasikan sebagai surat atau dokumen</li<
- Nilai barang yang tidak melebihi RM500.00 CIF (Cost, Insurance, Freight) per konsaimen yang layak mendapat pengecualian duti/cukai kecuali rokok, tembakau dan minuman keras seperti yang ditetapkan dalam Butiran 94, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017; dan Butiran 24, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran cukai) 2018
- Berat bagi setiap satu bungkusan adalah tidak melebihi 30 kilogram (kg)
- Barang tidak tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.
Selain daripada pelepasan segera, pelepasan barang hendaklah dibuat melalui Borang K1.