Alat Kebolehcapaian

Kelulusan Aktiviti Tambah Nilai Serta Peluasan Skop Aktiviti Tambahan

1.1 GPB dilesenkan di bawah seksyen 65A Akta Kastam 1967 merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti pengilangan keluaran siap berorientasikan eksport. Selain dilesenkan untuk menjalankan pengilangan, GPB juga dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lain selain pengilangan seperti nilai tambah, International Procurement Centre (IPC), Regional Distribution Centre (RDC) dan Remanufacturing, Repairing and Servicing.

1.2 Secara dasarnya, permohonan ke atas aktiviti-aktiviti selain pengilangan diproses diperingkat zon / negeri dan dipanjangkan ke Ibu Pejabat untuk pertimbangan selanjutnya. Walau bagaimanapun, berkuatkuasa mulai 1 April 2020 semua permohonan hendaklah diproses dan keputusannya dikeluarkan di peringkat zon / negeri sahaja tanpa perlu dimajukan ke Ibu Pejabat.

1.3 Ketetapan baharu ini dibuat berdasarkan keputusan pihak Kementerian Kewangan Malaysia sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari 2020. Penurunan kuasa melulus kepada Ketua Pengarah Kastam melalui Pengarah Operasi Zon atau Pengarah Kastam Negeri ini dengan matlamat untuk meningkatkan tahap penyampaian serta memudahkan urusan pelanggan.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List