Alat Kebolehcapaian

Bahagian Perundangan

Bahagian Perundangan

  • Bahagian Perundangan (selepas ini disebut “Bahagian ini”) merupakan salah satu Bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (selepas ini disebut JKDM) yang diwujudkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi (“JKTT”) Bil. 2/2006 pada 18 April 2006.

  • Pada awal penubuhan sehingga sekarang, kecuali kemudahan pejabat, peralatan pejabat dan anggota kakitangan sokongan yang disediakan oleh pihak Pengurusan JKDM, Pegawai yang ditempatkan di Bahagian ini adalah jawatan kader Jabatan Peguam Negara di mana Pegawai Undang-Undang yang memegang jawatan Timbalan Pendakwa Raya adalah dari Jabatan Peguam Negara, Kementerian-Kementerian dan juga Negeri-Negeri.

  • Asas kewujudan Bahagian ini adalah untuk menjalankan pendakwaan kes-kes kastam termasuk kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang disiasat oleh Pegawai Kastam. Pada awal kewujudan, Bahagian ini dianggotai oleh seorang Peguam Kanan Persekutuan dan seorang Timbalan Pendakwa Raya/Peguam Persekutuan dengan dibantu oleh beberapa kakitangan sokongan yang disediakan oleh pihak Pengurusan JKDM.

  • Peranan Bahagian ini juga berkembang daripada hanya menjalankan pendakwaan kes-kes jenayah kepada mengendalikan kes-kes guaman sivil, bertindak sebagai penasihat dan penggubal kepada pindaan undang-undang dan peraturan-peraturan yang dibuat yang ada kaitan dengan semua akta yang dikuatkuasakan oleh JKDM.

Fungsi Bahagian

  1. Mengendalikan kes-kes perbicaraan, rayuan dan semakan jenayah di mahkamah-mahkamah di seluruh Malaysia.

  2. Mengendalikan kes-kes perbicaran dan rayuan sivil di Mahkamah Tinggi seluruh Malaysia termasuk Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

  3. Meneliti dan mengkaji Kertas Siasatan yang dikemukakan ke Bahagian ini untuk arahan, nasihat, izin untuk mendakwa dan izin untuk kompaun.

  4. Menyediakan dan/atau menyemak penyataan tuntutan, pembelaan, afidavit jawapan untuk tindakan di mahkamah.

  5. Menyemak dan meneliti perjanjian di antara JKDM dengan pihak tempatan dan instrumen kerjasama antarabangsa yang melibatkan JKDM mewakili Malaysia .

  6. Memberi nasihat dan pandangan perundangan yang berkualiti kepada JKDM.

  7. Meneliti dan mengkaji semua keputusan mahkamah kes sivil dan kes jenayah untuk tindakan sama ada perlu untuk membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat atau sebaliknya.

  8. Menyemak draf perundangan utama dan draf perundangan subsidiari sebelum pewartaan bagi memastikan selari dengan perundangan yang sedia ada; dan

  9. Menyampaikan ceramah kepada Pegawai- pegawai Kastam berkaitan dengan perundangan kastam.

Piagam Pelanggan Bahagian Perundangan JKDM

  1. Mengkaji Kertas Siasatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima.

  2. Mengambil arahan dan mengendalikan sesuatu tindakan guaman bagi pihak atau terhadap Kerajaan Malaysia dengan memastikan tindakan awalan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 10 minggu dari tarikh arahan diterima.

  3. Perundangan utama disiapkan dalam masa 40 hari bekerja selepas semua isu perundangan dan dasar diselesaikan. Draf muktamad perundangan utama yang dikemukakan kepada pelanggan bebas daripada kesilapan penggubalan.

  4. Memberi nasihat undang-undang berkualiti dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.

  5. Menyemak dan menggubal instrumen dan dokumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi dan joint communiqué dalam tempoh 14 hari bekerja dan bagi instrumen dan dokumen antarabangsa yang lebih kompleks, dalam tempoh 1 bulan

  6. Menyemak kontrak-kontrak JKDM di seluruh Malaysia dalam tempoh 21 hari dari tarikh kontrak dan dokumen sokongan lengkap yang diterima.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List