Alat Kebolehcapaian

Bahagian Perancangan Korporat

Bahagian Perancangan Korporat

Struktur Bahagian

Bahagian Perancangan Korporat terdiri daripada enam (6) cawangan/unit seperti berikut:

  • Cawangan Perancangan Strategik
  • Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa
  • Cawangan Komunikasi Korporat
  • Pusat Panggilan Kastam
  • Cawangan Keurusetiaan dan Penyelarasan
  • Unit Permodenan dan Pembaharuan

Fungsi Bahagian

Bahagian Perancangan Korporat bertanggungjawab ke atas pengurusan perancangan strategik jabatan, hal ehwal antarabangsa, perhubungan awam, pengurusan acara dan protokol Jabatan. Bahagian ini terlibat secara langsung dalam usaha-usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan perubahan dan pemodenan organisasi selaras dengan dasar perkhidmatan awam dan kerajaan serta amalan dan kehendak antarabangsa.

Objektif Bahagian

  1. Mengerat dan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan Pentadbiran Kastam Luar Negara supaya pertukaran maklumat perkastaman dapat dilaksanakan dengan berkesan selari dengan amalan perkastaman antarabangsa.
  2. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui kajian dan penyelidikan serta penyelarasan program kualiti, inovasi dan produktiviti.
  3. Menyelaras usaha-usaha pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan perubahan dan pemodenan organisasi selari dengan dasar pekhidmatan awam dan kerajaan.
  4. Memantapkan imej Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui komunikasi korporat dan pengurusan perhubungan awam.
  5. Mengurus dan mengendalikan majlis-majlis utama Jabatan.
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List