1
Import Sementara merupakan kemudahan untuk mengimport secara sementara tanpa bayaran duti/ cukai ke atas barang yang diimport untuk tujuan dieksport semula di bawah Seksyen 97 Akta Kastam 1967.
1
2
Permohonan import sementara ini tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang ditentukan bagi memberi kemudahan untuk mengimport barangan secara sementara dengan mengemukakan jaminan bank/cagaran bagi melindungi duti yang terlibat.
3
Barangan yang diimport sementara hendaklah dieksport semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh ianya diimport. Tempoh lanjutan boleh dipohon dan kelulusan boleh diberi oleh stesen di mana permohonan dibuat untuk tempoh sehingga 12 bulan lagi sekiranya mempunyai sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan.
3
4
Sekiranya tempoh lanjutan berikutnya masih diperlukan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Bahagian Perkastaman) melalui Pengarah Kastam Negeri yang berkenaan untuk pertimbangan Ibu Pejabat Kastam.
5
Cagaran atau jaminan bank yang didaftarkan di pejabat kastam akan dituntut atau ditunaikan untuk menjelaskan duti/cukai terlibat sekiranya gagal untuk mengeksport semula dalam tempoh yang dibenarkan. Sekiranya barangan hendak dijual dalam tempoh tersebut, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri berkenaan dan duti/cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu selepas kelulusan diberi.
5
6
Permohonan Import Sementara boleh dibuat secara bertulis kepada Pejabat Pengarah Kastam Negeri di mana barangan akan diimport.
- Penyelidikan dan demonstrasi
- Pameran, pertunjukan-pertunjukan seperti drama, muzik dan sarkas
- Temasya, sukan, mesyuarat, persidangan atau acara yang bersamaan
- Penilaian dan ujian
- Untuk diperbaiki











