Alat Kebolehcapaian

Sejarah JKDM

Sejarah JKDM

Sistem pentadbiran cukai sebenar telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan penjajah Barat lagi iaitu di zaman Kerajaan Melayu Melaka dan semasa pemerintahan Kerajaan Johor Riau lagi.

Di zaman Kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan. Pada masa itu pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah di bawah tanggungjawab Penghulu Bendahari yang bertugas sebagai:


“…the Chief of the Exchequer.
(He) controlled all the revenue and
Customs Officiers and looked after
the palace building and equipment”.
(R.J.W.Wilkinson “The Melaka Sultanate”,
JMBRAS VOL.XIII-Pt.2,1935,P.31).

Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar. Merekalah yang merupakan golongan yang menguatkuasakan Peraturan-peraturan dan Undang-undang Pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List