Alat Kebolehcapaian

FAQ Ketetapan Kastam Tempat Asal

FAQ Ketetapan Kastam Tempat Asal

Ketetapan Kastam Tempat Asal merupakan keputusan berkaitan tempat asal barang berdasarkan pematuhan kepada Rules of Origin di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas yang berkuatkuasa sebelum sesuatu barang diimport ke Malaysia. Keputusan Ketetapan Kastam Tempat Asal boleh menambah kepastian dan kebolehramalan terhadap perdagangan antarabangsa serta membantu peniaga membuat keputusan perniagaan.

​Ketetapan Kastam Tempat Asal ialah keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke atas permohonan bertulis oleh mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan proses, status tempat asal dan lain-lain maklumat berkaitan barang import. Satu (1) permohonan Ketetapan Kastam Tempat Asal adalah untuk satu (1) barang di bawah satu (1) skim Perjanjian Perdagangan Bebas. ​

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List