Alat Kebolehcapaian

Jualan Tempatan

1. Secara prinsipnya barang siap GPB adalah untuk dieksport 100%. Walau bagaimanapun GPB diberi kelonggaran untuk menjual barang siap ke pasaran tempatan tidak melebihi 20% dalam tempoh 12 bulan mulai tarikh lesen diluluskan (dalam tempoh pelesenan semasa). Bagi jualan ke pasaran tempatan ini, duti import dan cukai jualan hendaklah dibayar seolah-olah ianya diimport selaras dengan kehendak Seksyen 65A(3)(b) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 57(b) Akta Cukai Jualan 2018.

2. Taksiran duti import dan cukai jualan ke atas barang siap hendaklah berpandukan kepada Perintah Duti Kastam 2017 manakala bagi tujuan penilaian harga barang hendaklah mengikut Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.

3. Jualan barang siap ke pasaran tempatan hendaklah diikrar menggunakan Borang Kastam No. 9 (K9) dengan kod jenis transaksi seperti berikut berdasarkan jenis jualan yang berkaitan:

>
KodJenis Transaksi (Transaction Types)
E LMW Local Sales
LS LMW Local Sales with Preferential Tariff
LX LMW Local Sales with Exemption

 

4. Jualan barang siap GPB ke pasaran tempatan adalah tertakluk kepada duti import dan cukai jualan mengikut Perintah Duti Kastam 2017. Walau bagaimanapun, syarikat GPB boleh memohon untuk membayar duti import pada kadar BERSAMAAN ATIGA mengikut Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN)(Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN) 2017 (ATIGA) tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.

4.1 Syarikat GPB perlu mematuhi syarat tempasal (Regional Value Content) sekurang-kurangnya 40% nilai kandungan bahan mentah tempatan dan/atau dari Negara ASEAN. Kaedah kiraan bagi menentukan peratusan Regional Value Content (RVC):

a. Direct Method

              Asean Material Cost + Direct Labour Cost + Direct Overhead Cost + Other Cost     × 100%
RVC = ___________________________________________________________________________________________
              FOB Price

b. Indirect Method

              FOB Price – Value of non-Originating Materials, parts or goods     × 100%
RVC = ___________________________________________________________________________________________
              FOB Price

4.2 Sekiranya penggunaan bahan mentah tempatan (termasuk ASEAN) kurang daripada 40%, GPB dapat membuktikan bahawa bahan mentah asing (non-originating raw material) telah menjalani transformasi substantif melalui kaedah berikut dan layak dipertimbangkan. Hanya produk yang disenaraikan di bawah ANNEX 3 “Product Specific Rules” sahaja layak membayar duti import pada kadar bersamaan ATIGA:

a. Pertukaran kod tarif pada peringkat dua digit pertama atau Change in Chapter (CC) di bawah Sistem Berharmonis (HS).

b. Pertukaran kod tarif pada peringkat empat digit atau Change in Tariff Heading (CTH) di bawah Sistem Berharmonis (HS).

c. Pertukaran kod tarif pada peringkat enam digit atau Change in Tariff Sub-Heading (CTSH) di bawah Sistem Berharmonis (HS).

d. Process rule — tindak balas proses ke atas bahan mentah asing dalam penghasilan produk akhir (terpakai bagi tekstil & bahan kimia).

5. Permohonan jualan ke pasaran tempatan menggunakan kadar duti import bersamaan ATIGA hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon bersama dokumen berikut:

a. Lampiran I – Permohonan Untuk Membayar Duti Import Dengan Kadar Bersamaan ATIGA

b. Lampiran IA – Senarai Barang Siap Diluluskan Untuk Bayaran Duti Bersamaan Kadar ATIGA bagi Syarikat GPB

c. Lampiran J – Analisa Kos Barangan Siap Bersamaan Kadar ATIGA

6. Permohonan dan pertimbangan untuk kelulusan diproses berdasarkan maklumat semasa. Sebarang perubahan maklumat akan membatalkan kelulusan tersebut. Syarikat GPB hendaklah mengemukakan permohonan baharu jika terdapat perubahan maklumat.

7. Bagi syarikat GPB yang tidak layak dipertimbangkan menikmati kadar duti ATIGA, duti import hendaklah dibayar sepenuhnya mengikut Perintah Duti Kastam 2017.

8. Kelulusan jualan barang siap ke pasaran tempatan dengan membayar duti import BERSAMAAN kadar duti ATIGA adalah TERHAD kepada kuota jualan tempatan seperti dalam syarat lesen GPB. Jika jualan melebihi kuota, kemudahan ATIGA tidak dibenarkan ke atas lebihan tersebut dan duti import hendaklah dibayar mengikut Perintah Duti Kastam 2017.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List