Penggudangan
Menggudang barang-barang yang diluluskan oleh Pen. KP Zon / PKN.
Penggudangan
Pecah Pukal (Break Bulk)
Barang-barang yang digudangkan boleh dipecah pukal dan dilepaskan secara berperingkat (partial release).
Pembungkusan semula (Repacking)
Barang-barang yang digudangkan boleh dibungkus semula sama ada untuk dieksport atau pasaran tempatan.
Pembungkusan semula ini boleh dilakukan dalam keadaan berikut:
- Pembungkusan semula barang-barang yang sama (homogenous goods) ke dalam bungkusan lebih kecil atau lebih besar.
- Pembungkusan semula pelbagai jenis barang untuk menjadi satu set barang-barang.
Pembungkusan semula (Repacking)
Penandaan semula (Relabelling)
Aktiviti ini melibatkan penandaan semula barang-barang yang diimport seperti menandakan nama pengimport atau pengedar sebelum dilepaskan untuk pasaran tempatan atau dieksport semula. Barang-barang bukan buatan Malaysia tidak boleh ditandakan sebagai "BUATAN MALAYSIA".
Jual beli
Aktiviti jual beli barang-barang yang disimpan di dalam GB adalah dibenarkan.
Jual beli
Penggabungan (Consolidation)
Penggabungan berikut boleh dilakukan bagi tujuan eksport sahaja:
- Barang-barang yang diimport.
- Barang-barang keluaran tempatan.
- Barang-barang dari Zon Bebas.
- Barang-barang keluaran Gudang Pengilangan Berlesen.
- Barang-barang tidak berduti.
- Barang-barang yang sudah berbayar duti / cukai.
- Bagi penggabungan barang-barang import dan keluaran tempatan bercukai jualan, pemegang lesen hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada stesen Kastam yang mengawal. Pemindahan barang hendaklah disertakan dengan Delivery Order.
- Penggabungan rokok dan minuman keras dengan barang-barang lain adalah tidak dibenarkan.
Perdagangan Entrepot
Aktiviti ini melibatkan pengeksportan semula barang-barang diimport. Barang-barang masih tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Import) 2017, Perintah Kastam (Larangan Eksport) 2017 dan Akta Perdagangan Strategik 2010.
Perdagangan Entrepot
Pusat Perolehan Antarabangsa – IPC, Pusat Pengedaran Serantau – RDC dan Hab Prinsipal
Aktiviti yang dibenarkan adalah:
- Pembungkusan semula.
- Penggabungan barang import / tempatan yang berduti, bercukai, tidak berduti atau sudah dibayar duti untuk tujuan eksport dan jualan tempatan.
Permohonan baharu untuk menjalankan aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal hendaklah dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN bersama:
- Surat kelulusan status IPC / RDC / Hab Prinsipal oleh MIDA.
- Salinan lesen gudang.
- Carta aliran proses aktiviti yang hendak dijalankan.
- Senarai lengkap anggaran kuantiti barang import / tempatan setahun, kod tarif dan jumlah duti / cukai terlibat.
Permohonan pembaharuan aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal juga perlu dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN yang mengawal gudang.
Sebarang perubahan atau penambahan senarai barang-barang perlu mendapat kelulusan MIDA terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN untuk kelulusan.
Stesen yang mengawal GB berstatus IPC / RDC / Hab Prinsipal perlu memantau aktiviti yang dibenarkan supaya mematuhi syarat kelulusan.











