Alat Kebolehcapaian

Bahagian Perkastaman

Bahagian Perkastaman

Pendahuluan

Bahagian Perkastaman adalah antara core business kepada JKDM yang mana telah menjadi tumpuan dari dalam Jabatan mahupun agensi luar. Pelbagai dasar baharu telah diperkenalkan oleh kerajaan dan juga oleh perkastaman serantau. Dari semasa ke semasa, Bahagian Perkastaman menjadi semakin kompleks dengan pelbagai tugasan yang mencabar dan datang secara ad hoc mahupun terancang.

Secara ringkasnya, Bahagian ini melaksanakan perkara-perkara berikut:-

  • Melaksanakan dasar-dasar mengenai perindustrian, import, eksport, kawalan sempadan, petroleum dan eksais yang ditetapkan oleh Jabatan dan Kerajaan.

  • Membangunkan prosedur perindustrian, import, eksport, kawalan sempadan, petroleum dan eksais selaras dengan dasar-dasar Jabatan dan Kerajaan.

  • Mengkaji semula dasar dan prosedur kastam dipertingkatkan, dipermudahkan serta menjadi lebih telus.

  • Memberi kerjasama dan fasilitasi kepada agensi kerajaan yang lain;

  • Melaksanakan komitmen dan kerjasama antarabangsa; dan

  • Memberi panduan kepada anggota Jabatan di barisan hadapan bagi melaksanakan dasar dan prosedur perkastaman dengan cekap.

Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat diketuai oleh seorang Pengarah Kastam (Gred VU7) dan dibantu oleh empat (4) orang Timbalan Pengarah Kastam (Gred WK14).

  1. Unit Kemudahan Import Eksport Dan Perkastaman Serantau (UKIEPS)

    1. Subunit Kemudahan Import/Eksport
    2. Subunit e-Commerce
    3. Subunit Perkastaman Serantau

  2. Unit Kawalan Import Eksport 1 (Komoditi, Agensi dan Kenderaan)

    1. Subunit Komoditi & Agensi
    2. Subunit Analisa Data & Kenderaan

  3. Unit Kawalan Import Eksport 2 (Ejen Kastam, Strategic Trade Commodity & Manifes)

  4. Unit Dasar Import Eksport Dan Kawalan Sempadan

    1. Subunit Dasar & Pelaksanaan
    2. Subunit Penumpang / Levi Pelepasan / Matawang
    3. Subunit Jeti / Tempat Pendaratan Sah / ICQS / Pulau Bebas Cukai
    4. Unit Pelesenan Import Rokok, Tembakau Dan Minuman Keras (RMK)
    5. Unit Komitmen Antara Agensi (MIDA)

  5. Unit Pelesenan Import Rokok, Tembakau Dan Minuman Keras (RMK)

  6. Unit Komitmen Antara Agensi (MIDA)

1. Cawangan Import/Eksport & Kawalan Sempadan

Subunit Kemudahan Import/Eksport

Bertanggungjawab untuk mengemaskini Perintah Tetap Kastam, memproses permohonan, memberi maklum balas, menghadiri mesyuarat/bengkel/seminar serta mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:

  • Pengecualian duti import
  • Truck Flight Manifest
  • ATA Carnet
  • Import Sementarai
  • Eksport Sementara
  • Pelepasan Segera
  • Jaminan Bank / Bon Am
  • Pre-Arrival Processing
  • Kemudahan Transit / Transhipment
  • Kemudahan di bawah seksyen 87A-Perisytiharan Sementara di bawah Akta Kastam 1967.

Subunit e-Commerce

Bertanggungjawab untuk mengendalikan isu-isu, memberikan maklum balas,menghadiri mesyuarat-mesyuarat, bengkel dan seminar sama ada di dalam negara, peringkat serantau atau antarabangsa yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:

  • Cross border e-commerce & related matters
  • Low Value Shipment (LVS)
  • Sales Tax on Low Value Goods (STLVG)
  • Digital Free Trade Zone (DFTZ) Initiative (by Malaysia Digital Economy Corporation - MDEC)
  • Electronic Pre-Alert Manifest (e-PAM Module (DFTZ eServices/ National Single Window - NSW)
  • Fasilitasi De Minimis
  • Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia International Hub - PMIH / Pos Mel Kurier - PMK)
  • Kurier
  • Customs Official Receipt - COR / Customs Released Document - CRD / WEBCOR
  • Free Trade Agreement (e-commerce/ expedited shipment/ express consignment etc.)

Subunit Perkastaman Serantau

  1. Bertanggungjawab menguruskan / menyokong perancangan / pembangunan / pelaksanaan / penambahbaikan sistem yang berkaitan dengan Perkastaman bagi perkara berikut:

    • National Single Window (NSW)
    • ASEAN Single Window (ASW)
    • ASEAN Customs Transit System (ACTS)
    • Malaysian Customs Import/Export Document System (MyCIEDS)
    • Malaysian Maritime Single Window (MMSW)

  2. Menyediakan SOP, sokongan teknikal, latihan dan penyelarasan yang berkaitan bagi penggunaan sistem dari segi prosedur.

  3. Menyediakan input yang berkaitan dengan Bahagian Perkastaman khususnya bab eletronik dalam rundingan peringkat national dan antarabangsa.

  4. Membuat tindakan susulan ke atas komitmen yang telah diberikan pihak industri.

  5. Membantu membuat pindaan perundangan, peraturan dan prosedur selaras dengan dasar yang berkuatkuasa serta perkembangan perdagangan dan perindustrian negara mengikut keperluan terhadap perjanjian berikut antaranya :

    • Agreement To Establish And Implement The Asean Single Window and Its Protocols (ASW)
    • ASEAN Framework Agreement On The Facilitation of Goods In Transit (AFAFGIT)
    • ASEAN Framework Agreement on The Facilitation on Inter-State Transport (AFAFIST)
    • Kontrak National Single Window (NSW)

Lain-lain fungsi

Memproses permohonan agensi-agensi lain untuk mengeluarkan permit import/eksport bagi pihak Ketua Pengarah Kastam di bawah seksyen 10 Akta Kastam 1967.

2. Cawangan Fasilitasi Perdagangan & Perindustrian

  1. Melaksanakan Program AEO selaras dengan World Customs Organization (WCO) SAFE Framework of Standard (FoS).

  2. Menyertai rundingan serta melaksanakan Mutual Recognition Arrangement (MRA) on AEO.

  3. Menjalankan Auditan dan Naziran ke atas Syarikat AEO.

  4. Menilai dan memperaku permohonan baharu AEO.

  5. Mengelola dan mengurus Mesyuarat Panel AEO.

  6. Menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program AEO Peringkat Nasional.

  7. Melaksanakan sesi Libat urus, kesedaran dan latihan berkaitan AEO.

  8. Menerajui negara-negara ASEAN bagi Strategic Plan Customs Development (SPCD) 07 on AEO dalam Mesyuarat Customs Procedure and Trade Facilitation Working Group (CPTFWG).

  9. Menjadi Ahli Mesyuarat Sub-Working Group ASEAN AEO MRA.

3. Cawangan Industri, Petroleum Dan Gas (IPG)

  1. Pengilang Berlesen Eksais

  2. Pelesenan Gudang Eksais

  3. Pendaftaran Pengeluar Levi Keuntungan Luar Biasa (Kelapa Sawit)

4.Cawangan Pemodenan dan Operasi Tektikal (CPOT)

  1. Menguruskan kehadiran dan cuti kakitangan (termasuk kemaskini HRMIS), menjaga pengurusan rekod dan dokumentasi (seperti surat, memo, laporan, minit mesyuarat) mengikut tatacara rekod yang betul, dan menguruskan logistik jabatan (terutamanya penyelenggaraan dan urusan kenderaan rasmi, serta penyelarasan aset cawangan).

  2. Menyediakan minit mesyuarat serta mengendalikan persiapan dan urusan keurusetiaan bagi mesyuarat, bengkel, atau latihan. Semua tugas perlu disiapkan dalam tempoh masa yang ketat dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

5.Cawangan Mesin Pengimbas

  1. Membuat kajian keperluan mesin pengimbas jika ada permohonan.

  2. Menguruskan penyediaan spesifikasi mesin pengimbas dan memastikan mesin mengikut spesifikasi ditetapkan semasa pengujian, pemasangan dan proses-proses lain berkaitan.

  3. Mengurus dan memantau kontrak perjanjian mesin pengimbas termasuk Megaport.

  4. Mengurus dan memproses tuntutan bayaran kontrak sewa beli/ sewaan/ penyelenggaraan mesin pengimbas.

  5. Menguruskan lesen dan penggunaan mesin dengan Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia).

  6. Mengurus penerimaan mesin pengimbas baharu dari agensi luar/ syarikat swasta.

  7. Mengurus aduan kerosakan/ penyelenggaraan/ pembaikan/ pindah lokasi mesin pengimbas.

  8. Menguruskan proses pelupusan mesin pengimbas bersama Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia).

  9. Menguruskan permohonan pemilikan, pindaan, membaharui lesen radas sinaran dan bahan radioaktif secara berkala selepas auditan pematuhan dengan Atom Malaysia.

  10. Menyediakan penyata pemilikan radas sinaran dan bahan radioaktif milik JKDM.

  11. Menguruskan pengiktirafan pekerja sinaran dan pemberhentian pekerja sinaran daripada Atom Malaysia.

  12. Menguruskan tentukuran meter tinjau dan dosimeter bagi mesin pengimbas berkaitan termasuk perbekalan.

  13. Menyelaras latihan/ kursus berkaitan mesin pengimbas yang meliputi aspek keselamatan pekerja dan perlindungan sinaran.

  14. Merancang dan menyediakan Program Perlindungan Sinaran.

  15. Menyelia pengumpulan Laporan Penyata Prestasi Penggunaan Mesin Pengimbas Jabatan.

  16. Menyelia, melakukan naziran dan melapor kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan mengenai pelaksanaan pengoperasian mesin pengimbas.

  17. Menghadiri mesyuarat berkaitan mesin pengimbas anjuran MoF (Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian Kewangan (JTPK), Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian Kewangan (MPTK).

  18. Mengadiri mesyuarat berkaitan mesin pengimbas anjuran Jabatan (JPICT JKDM, JK Pengurusan Aset Kerajaan JKDM, JKPAK Fasiliti dan Perumahan.

Dalam melaksanakan amanah memungut duti dan cukai, memberi fasilitasi perkastaman serta memastikan pematuhan undang-undang untuk memelihara kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara, kami janji :

BilAktiviti Perkastaman
1. Pelaksanaan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan import dalam tempoh 30 minit (mod darat),100 minit (mod udara) dan 100 minit (mod laut).
2. Melaksanakan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan eksport dalam tempoh 30 minit (mod darat), 30 minit (mod udara) dan 100 minit (mod laut).
3. Meluluskan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan secara transit dalam tempoh 30 minit (mod darat), 60 minit (mod udara) dan 130 minit (mod laut).
4. Melaksanakan pelepasan penumpang dalam tempoh 30 minit.
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List