Alat Kebolehcapaian

Bahagian Perkhidmatan Teknik

Bahagian Perkhidmatan Teknik

Bahagian Perkhidmatan Teknik berperanan dalam memberi perkhidmatan teknikal dalam bidang klasifikasi dan penilaian barangan, menggubal dan meminda perintah berkaitan perkastaman dan perakaunan hasil.

Bahagian ini terdiri dari empat (4) cawangan utama iaitu:

Cawangan Klasifikasi, Tarif dan Gubalan

Cawangan Penilaian

Cawangan Perakaunan Hasil

Cawangan Penyelidikan dan Konsultasi Teknikal

  • Fungsi Cawangan Klasifikasi, Tarif dan Gubalan (CKTG)

  1. Mentadbir (penyediaan/pindaan) Perintah Duti Kastam dan Perjanjian Perdagangan (FTA).

  2. Memproses permohonan pewartaan (baru/pindaan) perintah-perintah subsidiari di bawah seliaan jabatan.

  3. Memproses permohonan rayuan semakan semula klasifikasi (Seksyen 143 Akta Kastam 1967).

  4. Memproses permohonan pertikaian klasifikasi (Seksyen 22 Akta Kastam 1967).

  5. Memproses permohonan Bayaran Duti Secara Bantahan (Seksyen 13B Akta Kastam 1967).

  6. Memproses permohonan Ketetapan Kastam (Seksyen 10B Akta Kastam 1967).

  • Fungsi Cawangan Penilaian (CP)

  1. Memproses permohonan penilaian kenderaan CBU import baru dan terpakai

  2. Memproses permohonan penilaian kes penguatkuasaan.

  3. Memproses permohonan Bayaran Duti di bawah Bantahan dan Ketetapan Kastam (Penilaian).

  4. Merancang, menyemak, meminda serta mengemaskini PTPT dan SPPPK

  5. Menyediakan data dan pekeliling harga.

  6. Memberi pandangan dan khidmat nasihat berhubung penilaian barangan pengilangan tempatan selain kenderaan kepada JKDM Negeri.

  7. Mewartakan nilai komoditi utama.

  8. Memproses permohonan rayuan penilaian kenderaan.

  9. Membuat penilaian Harga Pasaran Terbuka Eksais (HPTE) bagi kenderaan dan motosikal pemasangan tempatan.

  10. Menyediakan dan memuat naik kadar pertukaran wang asing ke dalam laman sesawang jabatan.

  11. Penglibatan industri.

  • Fungsi Cawangan Penilaian Hasil (CPH)

  1. Memperkemaskan tatacara terimaan hasil untuk memastikan terimaan hasil kerajaan adalah terjamin serta diperakaunkan dengan tepat dan betul mengikut perundangan dan tatacara kewangan yang ditadbir dan sedang berkuatkuasa.

  2. Membuat pemantauan dan analisa ke atas pungutan hasil Jabatan yang berkesan serta menyediakan unjuran hasil Jabatan yang realistik dan seiring dengan perkembangan ekonomi semasa.

  3. Memastikan semua permohonan tuntutan pembayaran balik (refund)/ pulang balik (drawback) duti/ cukai/ levi diproses dan dibayar mengikut perundangan dan tatacara kewangan yang ditadbir.

  4. Melaksanakan pemantauan ke atas semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pemungut bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan dan tatacara kewangan yang ditadbir dan berkuatkuasa.

Piagam Pelanggan Bahagian Perkhidmatan Teknik

  1. 1. Mengeluarkan Keputusan Klasifikasi dan Ketetapan Kastam dalam tempoh:

    • 90 hari dari tarikh permohonan diterima yang tidak melibatkan agensi pakar; atau

    • 60 hari dari tarikh penerimaan laporan agensi pakar

  2. 2. Mengeluarkan nilai eksais mengikut Sek.85(2)(bd) Akta Eksais bagi kenderaan bermotor pemasangan tempatan adalah dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima atau dari tarikh kelulusan Industrial Linkage Programme (ILP) oleh Kementerian Kewangan.

    Rujukan: Piagam Pelanggan tarikh dikemaskini pada April 2022

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List