Bahagian Pengurusan Pematuhan merupakan salah satu bahagian penting dalam organisasi JKDM yang bekerjasama dengan bahagian lain di dalam Jabatan. Bahagian Pematuhan bertanggungjawab melaksanakan pengauditan ke atas entiti perniagaan bagi memastikan segala perundangan yang ditadbir oleh JKDM dipatuhi dan cukai / duti / levi diikrar dan dibayar dengan betul.
Pengauditan adalah sebahagian daripada alat pengurusan pematuhan yang penting dalam proses perancangan, penyusunan dan pengawalan untuk membangunkan strategi pengurusan pungutan hasil yang profesional, cekap dan berkesan.
Bahagian Pematuhan JKDM terdiri daripada dua (2) peringkat (tier) iaitu Ibu Pejabat dan Negeri.
1. Bahagian Pengurusan Pematuhan (BPP), Ibu Pejabat
Bahagian Pematuhan di Ibu Pejabat dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pematuhan (BPP) yang terdiri daripada:
CDTA diketuai oleh Timbalan Pengarah CDTA. Fungsi utama CDTA adalah seperti berikut:
Menetapkan dasar dan polisi audit JKDM.
Mengemaskini Manual Audit Pematuhan (MAP) dan Perintah Tetap Pematuhan (PETUa).
Melaksanakan pengurusan risiko secara berstruktur dengan menjalankan verifikasi, profiling, targeting dan penarafan risiko terhadap EP / dagangan.
Merancang dan melaksanakan operasi khas.
Mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan bahagian / agensi kerajaan lain yang berkaitan.
Menjadi tempat rujukan serta membuat keputusan bagi isu-isu pengauditan yang dibangkitkan oleh negeri.
Bertanggungjawab untuk kajian penggunaan / pembangunan sistem aplikasi untuk digunakan oleh Bahagian Pematuhan Se-Malaysia.
2. Bahagian Pematuhan Negeri
Mengurus dan menjalankan pengauditan ke atas auditi dan menyediakan laporan audit serta syor tindakan.
Memberi khidmat nasihat dan meningkatkan kefahaman auditi berkaitan peranan dan tanggungjawab auditi seperti yang diperuntukkan dalam akta dan peraturan yang ditadbir oleh jabatan.
Memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai selaras dengan penetapan KPI tahunan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat.
Menyemak dan meneliti rayuan yang diterima daripada auditi sebelum dihantar ke BPP Ibu Pejabat.
Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Pematuhan
- Memberi maklum balas kepada pengadu dalam tempoh 24 jam ke atas maklumat dan aduan awam yang diterima.
- Menyampaikan notis kepada auditi untuk mengembalikan dokumen yang telah selesai diaudit dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengauditan siap bagi kes yang tidak melibatkan tuntutan dan tindakan perundangan.











