Melaksanakan pengurusan sumber manusia seperti pengurusan permohonan cuti/ pinjaman/ kemudahan dan sebagainya.
Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan dan Rekod Peribadi bagi seluruh warga JKDM.
Mengurus pengeluaran dan pengedaran surat-surat rasmi Jabatan.
Mengurus pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan.
Mengurus kenderaan Jabatan termasuk kenderaan sewa dari SPANCO.
Mengurus penyewaan ruang pejabat.
Mengurus dan memantau perkhidmatan kawalan keselamatan, pembersihan pejabat, penyelenggaraan dan pengubahsuaian ruang pejabat.
Mengurus urusan prestasi dan HRMIS
Pengurusan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JKDM Ibu Pejabat.
Pengurusan Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy).
Pengurusan Pemantauan dan Pelaksanaan KPI HRMIS Jabatan.
Pengurusan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
Cawangan Pengurusan Kewangan
Pembayaran bil/ invois dan tuntutan diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Rujukan:
AP103(a) - Ketua Jabatan hendaklah meminta supaya bil dan tuntutan disampaikan dengan segera. Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa bil dan tuntutan itu dibayar dengan segera dalam tempoh 14 hari dari tarikh ia diterima dengan lengkap dan sempurna.
Cawangan Akaun
Mengemukakan Kertas Kerja Sokongan (KKS) Penutupan Akaun Awam Tahunan tidak lewat dari tarikh ditetapkan.
Memberi maklum balas kepada pelanggan dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi permohonan khidmat nasihat perakaunan dan kewangan.
Mengemukakan Laporan Perakaunan Bulanan kepada pihak pengurusan atasan selewat-lewatnya pada 15hb setiap bulan berikutnya.
Menyempurnakan pembayaran dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh baucar diperaku II.
Mengemukakan jawapan kepada teguran Juruaudit segera dalam masa 14 hari dari tarikh surat teguran diterima.
Mengemukakan Laporan Dokumen Akaun Terimaan (DAT) (Lampiran B1, B2, B3, B4) kepada Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), JANM.
Menyediakan Laporan Naziran Terimaan dan Bayaran kepada PTJ 14 hari selepas tarikh exit meeting.











