Latarbelakang JKDM
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ialah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir dasar cukai negara yang tidak langsung. Dalam erti kata lain, JKDM menguruskan tujuh undang-undang utama dan tiga puluh sembilan undang-undang kecil. Selain itu, JKDM juga melaksanakan lapan belas undang-undang bagi pihak agensi kerajaan yang lain.
Teras perniagaan kami adalah untuk memungut cukai dan selaras dengan itu, visi JKDM adalah untuk menjadi Pentadbiran Kastam yang dihormati, diiktiraf dan bertaraf dunia.
Oleh itu, misi kami adalah untuk mengutip hasil dengan cekap dan membantu perkembangan perdagangan serta perindustrian melalui kemudahan berterusan sambil meningkatkan pematuhan undang-undang demi menjaga kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.Kami berharap maklumat yang disediakan dalam laman web ini akan memberi manfaat.











