Alat Kebolehcapaian

Eksport Sementara

Eksport Sementara

Eksport sementara adalah kemudahan yang diberikan kepada pengeksport yang layak untuk mengeksport barang-barang untuk dibaiki (repair), barang-barang untuk tujuan propaganda, penyelidikan, demonstrasi dan akan mengimport semula dengan membuat tuntutan pengecualian duti import/cukai jualan di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 dengan syarat-syarat tertentu.

  • Pengeksport yang hendak mengeksport barang-barang untuk dibaiki akan mendapat pengecualian di bawah butiran 37 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan butiran 36 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.
  • Pengeksport yang menjalankan aktiviti propaganda, penyelidikan dan demonstrasi di luar negara akan mendapat pengecualian di bawah butiran 39 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.
  • Pengeksport yang telah mengimport barangan dan duti/cukai telah dibayar, mengeksport sementara barang tersebut dengan kelulusan bertulis oleh Ketua Pengarah Kastam dan kemudian mengimport semula barangan yang sama di bawah butiran 83 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan butiran 37 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List