Alat Kebolehcapaian

Cawangan Integriti

Cawangan Integriti

Profail Cawangan Integriti

  • Cawangan Integriti (CI) Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Pengurusan Skim Perkhidmatan dan Perjawatan Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia Versi 1.0 (2022), Ceraian SP.1.2.1 (dahulu dikenali Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam), yang berkuatkuasa 1 Ogos 2013.

  • Peranan CI ditubuhkan pada 24 September 2014 yang menjalankan enam (6) fungsi teras iaitu :

    • i. Tadbir Urus
    • ii. Pengukuhan Integriti
    • iii. Pengesanan dan Pengesahan
    • iv. Pengurusan Aduan
    • v. pemeriksaan dan Pematuhan
    • vi. Tatatertib

  • Cawangan ini diletak secara terus dibawah Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

  • CI merupakan unit khas yang bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti di JKDM, dengan diketuai oleh seorang Ketua Cawangan Integriti (Gred 14) Kader daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dengan seramai 30 orang pegawai/kakitangan.

Fungsi Teras & Strategik Cawangan Integriti

Memastikan pelaksanaan tatakelola organisasi yang berintegriti dan berkesan melalui kajian serta penambahbaikan dasar, sistem dan prosedur kerja.

  • Pemantauan isu integriti dan pencegahan salah laku.

  • Menjalankan fungsi urus setia kepada Jawatankuasa Tadbir Urus (JTK) di peringkat jabatan bagi memastikan pelaksanaan tatakelola Jabatan menepati Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional.

  • Pelaporan dapatan isu integriti kepada Jabatan / Kementerian / Agensi lain untuk tindakan lanjut.

  • Mencadang penambahbaikan dasar, arahan dan sistem organisasi.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List